Dah diet.
Nasi dah kurang.
Air manis dah tinggal.
IF dah buat.
Jalan kaki pun dah lebih.
Tapi bila naik penimbang…
EH, BERAT SAMA JUGAK?!
Terus rasa frust.
“Kenapa aku susah sangat nak kurus?”
“Metabolisme aku dah rosak ke?”
“Kena makan lagi sikit ke?”
Kejap.
Siapa kata progress mesti nampak pada angka penimbang?
Kalau 3 bulan lepas berat 70 kg, hari ini pun 70 kg… belum tentu badan kita masih sama.
Boleh jadi dulu lebih banyak lemak, kurang otot.
Sekarang pula lemak dah berkurang, otot bertambah atau sekurang-kurangnya berjaya dikekalkan.
Berat sama. Tapi bentuk badan boleh jauh berbeza.
Inilah yang orang panggil BODY RECOMPOSITION.
Ramai terlalu fokus pada WEIGHT LOSS sampai lupa bahawa matlamat sebenar sepatutnya ialah FAT LOSS.
Weight loss = nombor atas penimbang turun.
Fat loss = lemak badan berkurang.
Body recomposition = lemak turun, otot naik atau kekal.
Dan ini sebabnya ada orang berat turun 10 kg tapi badan masih nampak lembik.
Ada pula orang turun 2 kg je, tapi pinggang mengecil, baju makin longgar, badan nampak kemas dan makin kuat.
Mana satu sebenarnya lebih best?
Penimbang cuma tahu jumlah berat.
Dia tak tahu berapa kilo itu air.
Berapa kilo lemak.
Berapa kilo otot.
Berapa kandungan makanan dalam usus.
Berapa glycogen yang sedang disimpan.
Bagi wanita pula, kitaran haid pun boleh menyebabkan air dalam badan berubah dan berat naik sementara.
Hari ni 68 kg.
Esok 68.8 kg.
Takkanlah dalam satu malam tiba-tiba tambah hampir 1 kg lemak?
Sebab tu jangan panik dengan satu bacaan pagi. Tengok trend.
Lagi satu, jangan terlalu ekstrem kejar calorie deficit.
Ya, kalau nak hilangkan banyak lemak, energy balance tetap penting.
TAPI TAK BERMAKNA LAGI BESAR DEFISIT, LAGI BAGUS.
Kalau makan terlalu sedikit, protein tak cukup dan hanya buat cardio, kita mungkin turun berat… tetapi lean mass pun boleh berkurang.
Akhirnya nombor turun.
Tapi badan jadi lemah.
Metabolisme penggunaan tenaga harian pun boleh berubah.
Nak jadi lean, kita bukan sekadar nak jadi ringan.
Kita nak hilangkan lemak sambil jaga otot.
Sebab itu selepas umur 40, otot makin penting.
Bukan kena jadi bodybuilder.
Bukan kena duduk gym 2 jam sehari.
Tapi badan perlukan sedikit resistance.
Squat.
Resistance band.
Dumbbell.
Push-up ikut kemampuan.
Naik tangga.
Buat aktiviti yang mencabar otot secara konsisten.
Dan jangan lupa protein.
Protein bukan makanan “gym bro”.
Protein ialah bahan mentah badan untuk membantu menjaga dan membina tisu otot.
Jadi selepas ni, selain tengok penimbang, pantau juga:
lilit pinggang, baju, gambar progress, kekuatan, stamina dan trend berat mingguan.
Kalau berat masih sama tetapi pinggang turun 5 cm?
ITU PROGRESS.
Kalau berat turun perlahan tetapi strength naik?
ITU PROGRESS.
Kalau baju makin longgar, badan makin firm dan lemak makin kurang?
ITU PROGRESS.
Jangan pula salah faham.
“Takyah fokus berat” bukan bermaksud:
“Kalori tak penting. Makanlah apa sahaja.”
Bukan.
Maksudnya jangan jadikan angka penimbang satu-satunya KPI kesihatan.
Tak kira kalori pun boleh.
Tetapi kalori tetap wujud.
Tak perlu diet ekstrem.
Tapi makanan tetap kena jaga.
Tak perlu kurus secepat mungkin.
Tapi badan tetap kena bergerak.
Soalan kita selepas ni jangan cuma:
“Berapa kilo dah turun?”
Tukar kepada:
“Lemak dah turun tak?”
“Pinggang dah kecil tak?”
“Otot masih ada tak?”
“Badan makin kuat tak?”
Sebab matlamat sebenar kita bukan nak jadi orang yang paling ringan atas penimbang.
Kita nak jadi:
LEBIH LEAN.
LEBIH KUAT.
LEBIH SIHAT.
Jadi kalau berat susah turun…
TAKYAH BERGADUH SANGAT DENGAN PENIMBANG DAH!!!
Tengok keseluruhan cerita badan kita.
Berat hanyalah satu nombor. Progress jauh lebih besar daripada itu.
#vitaminmy #BeratSusahTurun #BodyRecomposition #FatLoss #WeightLoss #BinaOtot #Protein #ResistanceTraining #KurusSihat #DietSihat #LemakTurun #OtotNaik #Umur40 #SihatBukanSekadarNombor
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)